Apa Itu Pelan Akui / Certified Plan?

 

Apa Itu Pelan Akui / Certified Plan?

Pelan Akui atau dikenali sebagai Certified Plan merupakan dokumen yang disediakan mengikut format yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) selepas proses ukuran halus dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan. Ia merupakan satu dokumen penting bagi tujuan pengeluaran Hakmilik Tanah Tetap dan merupakan hasil akhir dari ukuran kadaster yang menentukan kedudukan dan keluasan tanah hakmilik seseorang.

Secara umumnya, pelan akui/certified plan adalah kaedah profesional untuk mengenal pasti sempadan, garisan, sudut dan jarak sesuatu tanah bagi menentukan hakmilik secara sah. Ia menggambarkan kedudukan sebenar persempadanan di atas tanah mengikut format, media dan skala yang ditetapkan oleh JUPEM bagi tujuan pengeluaran hakmilik kekal atau tujuan lain.

Menurut Seksyen 396 (e) Kanun Tanah Negara, sesebuah tanah tidak dianggap diukur sehingga suatu pelan yang yang memperakui situasi tanah, kedudukan sempadan, tanda tanda sempadan, keluasan dan juga nombor lot diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan. Justeru, dengan adanya pelan akui, ia akan memastikan ketepatan dan kejituan kedudukan sempadan tanah yang dapat dijadikan sebagai bukti untuk urusan rasmi terutamanya urusan yang melibatkan mahkamah. Hal ini kerana, terdapat koordinat yang diplot di atas pelan akui tersebut yang dapat menjadi bukti sahih untuk urusan rasmi menurut Akta 233.

Namun begitu, Pelan Akui hanya terpakai kepada tanah yang telah diberi nombor lot. Sekiranya tanah tersebut masih lagi menggunakan nombor pejabat ataupun nombor PT, adalah amat sukar untuk mendapatkan Pelan Akui untuk tanah tersebut.

 

Maklumat di dalam Pelan Akui

Pelan Akui akan menunjukkan beberapa informasi penting seperti:

  • Lokasi
  • Nombor lot
  • Bearing
  • Saiz lot 
  • Sempadan diantara lot 

Elemen elemen ini adalah penting terutamanya bagi mereka yang ingin menukar hakmilik kawasan tersebut kerana maklumat persempadanan adalah diperlukan oleh pihak pejabat tanah.

 

Urusan yang memerlukan Pelan Akui

Berikut merupakan antara urusan yang memerlukan Pelan Akui sebagai salah satu dokumen penting:

  • Pertukaran hakmilik kawasan
  • Pertukaran Hakmilik Sementara kepada Hakmilik Muktamad
  • Permohonan kebenaran merancang
  • Permohonan Kebenaran Merancang Permis Perniagaan <3000 kaki persegi
  • Pindaaan keluasan di bawah Kanun Tanah Negara
  • Permohonan Pindaan Keluasan di bawah Seksyen 83 (3) Kanun Tanah Negara
  • Permohonan Merancang Pelan Susun Atur Pembangunan Bercampur/Skim
  • Pendaftaran hakmilik tetap.

Hakmilik hanya boleh didaftarkan apabila tanah telah diukur dan terdapat Pelan Akui yang disahkan oleh Pengarah Ukur Negeri.

Berikut merupakan contoh Pelan Akui yang boleh diperoleh dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM):

 

Kami di EasyLaw memahami bahawa proses untuk mendapatkan Pelan Akui adalah rumit dan akan memakan masa anda. Itulah sebabnya kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang mudah dan efisien bagi anda. Dengan EasyLaw, anda tidak perlu lagi menghadapi kesulitan itu sendiri. Kami menyediakan bantuan profesional untuk memudahkan anda mendapatkan Pelan Akui dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan pantas dan efisien. 

 

Maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan Pelan Akui

Berikut merupakan maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan Pelan Akui:

  • Nombor Pelan Akui (Nombor PA)
  • Koordinat 
  • Google pin lokasi

Hanya dengan 3 maklumat ini EasyLaw boleh membantu anda mendapatkan Pelan Akui

 

Tempoh masa untuk mendapatkan Pelan Akui

Anda hanya perlu memberikan nombor Pelan Akui kepada kami dan kami akan melakukan proses tersebut dalam tempoh 1-3 hari bekerja sahaja untuk anda. Namun begitu, tempoh masa boleh menjadi lebih lama sekiranya terdapat masalah teknikal dari pihak JUPEM.

Jangan risau sekiranya anda tidak mempunya nombor Pelan Akui, kami juga boleh membantu anda untuk mendapatkan Pelan Akui dengan menggunakan alamat atau koordinat sahaja.

 

Langkah-langkah untuk membuat pembelian Pelan Akui

Langkah 1 : Daftar sebagai pengguna di laman web easylaw.my

Langkah 2 : Klik pada butang “Other Services” di bahagian atas laman 

Langkah 3 : Klik pada “Extraction of Pelan Akui”

Langkah 4 : Isi maklumat yang diperlukan

Langkah 5 : Klik pada butang “Submit” dan kami akan hubungi anda secepat mungkin