Sample Carian Tanah ( Carian Persendirian) dan Maklumat Anda Dapat Dalam Catatan Carian Tanah
Antara informasi dekat bawah adalah info yang anda dapat pada catatan carian tanah ( carian persendirian / carian rasmi). Kami juge menerangkan bagaimana anda boleh membaca catatan carian tanah.
Deskripsi in BM dalam Catatan Carian Tanah | Deskripsi in English | Maklumat | |
1 |
Keluasan |
Land Area | Keluasan tanah dalam meter persegi. |
2(a) | Taraf Pegangan | Land Status |
Selama-lamanya = Freehold |
2(b) | Tarikh Luput Pajakan | Lease Expiry Date | Jika taraf pegangan merupakan pajakan, tempoh pajakan akan dinyatakan di bahagian “Tarikh Luput Pajakan”. |
3 | Kawasan Rizab | Malay Reserved Land | Jika harta tanah yang dikhaskan sebagai Kawasan Rizab, pemindahan memerlukan pengesahan daripada Kerajaan Negeri |
4 | Sekatan Kepentingan | Restrictions in Interest | Kebanyakan hanya boleh diguna pakai untuk harta tanah pajakan dan jika ingin melakukan penukaran hak milik, memerlukan Surat Kebenaran Persetujuan Negeri. (State Consent Authority Letter). |
5 |
Pemilikan dan Alamat |
Ownership and address | Maklumat berdaftar pemilik tanah yang terkini akan dinyatakan. Sila ambil perhatian ke-atas sesetengah harta tanah yang telah didaftarkan bertahun lalu dan berkemungkinan nombor kad pengenalan pemilik (NRIC) sebelum ini masih ada di carian tersebut ataupun langsung tidak mempunyai maklumat tersebut. |
6 | Tanggungan dan endorsan-endorsan lain | Encumbrances |
Kesemua tanggungan dan endosrsan-endorsan yang berkuatkuasa akan dinyatakan. |
7 | Cukai Petak | Quit Rent | Kadar cukai tanah/petak tahunan tanah atau harta tanah yang dihantar untuk berdaftar. |
8 | Pindahmilik Tanah | Land Transfer | Maklumat urusan pindaan hakmilik tanah. |
9 | Gadaian menjamin wang pokok | Charge | Maklumat bank yang berdaftar tentang bila dan manakah pemilik membuat pinjaman serta bayaran yang dikenakan oleh bank. |
10 | Urusan-urusan dalam perserahan yang belum didaftarkan | Presentation that has not been registered | Urusan penyerahan yang dihantar tetapi belum didaftar. |
11 | Urusan-urusan yang tidak berkuatkuasa | Encumbrances not in effect | Penyerahan kuasa sebelum itu,, kaveat serta tanggungan yang tidak berkuatkuasa lagi. |
12 | Hakmilik yang terdahulu | Previous title number | Hakmilik yang terdahulu sebelum hakmilik yang terkini dikemas kini oleh pihak pejabat tanah. Berguna untuk rujukan hakmilik terdahulu dan hakmilik semasa |
Nak Buat Carian Persendirian, Carian Rasmi or Salinan Sah Hakmilik Secara Online?
EasyLaw boleh membantu anda untuk buat carian tanah secara atas talian, Sila tekan butang bawah untuk buat carian tanah secara online sekarang!