Maklumat Yang Diperolehi Dari Hasil Carian Tanah

Apa Itu Carian Persendirian, Carian Rasmi & Salinan Sah Hakmilik?

 

          


Carian Tanah mengandungi maklumat penting mengenai harta tanah yang boleh diperoleh melalui pejabat tanah di seluruh Malaysia. Maklumat seperti pemilik berdaftar, sama ada harta tanah tersebut mempunyai sekatan-sekatan penting  sangat membantu untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk memperoleh harta tanah atau tanah tersebut terutamanya semasa melakukan Pengistiharan Jualan.

 

Maklumat penting yang dinyatakan dalam carian tanah seperti: -

1. Taraf pegangan harta tanah, sama ada tanah pegangan selama-lamanya atau pajakan

2. Sama ada harta tanah simpanan hakmilik Melayu.

3. Sebarang sekatan-sekatan penting.

4. Keluasan tanah.

5. Pemilikan tanah yang terkini berdaftar.

6. Tanggungan dan endorsan-endorsan lain.


 

3 jenis carian Tanah yang boleh dilakukan: -

 

Hakmilik Induk  Hakmilik Individu Hakmilik Strata

Mengandungi maklumat hakmilik utama tanah yang belum dibahagikan di mana hakmilik tersebut dimiliki oleh pemaju harta tanah.

Carian boleh dilakukan setelah tanah telah dibahagika ke unit yang spesifik..

Carian boleh dilakukan setelah unit setiap tingkat telah dibahagikan kepada pemilik masing-masing.

Tidak disarankan jika anda ingin mencari maklumat berkaitan harta tanah yang spesifik.

Spesifik untuk harta yang bertanah.   Untuk bangunan yang bertingkat
 

Contoh: Rumah teres atau rumah semi-D, banglo atau tanah individu.

Contoh: Flat, pangsapuri, kondominium, suite berservis, rumah bandar dan lain-lain.

 

Beberapa ciri yang boleh dibezakan:-

 

  Hakmilik Induk    Hakmilik Individu Hakmilik Strata

Size tanah kebiasaannya lebih besar 

Harta tanah yang bertanah biasanya bersaiz meter persegi.  

Mempunyai tanda garis miring "/" dalam nombor hakmilik.

 

Walaupun carian tanah mungkin mengandungi beberapa jika tidak semua maklumat penting yang berkaitan dengan harta tanah, Carian Tanah tidak memberikan yang berikut: - 

  1. Surat Kuasa wakil yang berdaftar (Registered Power of Attorney)
  2. Sama ada harta tanah tersebut adalah Lot Bumiputera (jangan keliru dengan harta tanah simpanan hakmilik Melayu or Kawasan Rizab)

 

Untuk melakukan carian tanah, anda harus mempunyai nombor hakmilik yang lengkap. Ini adalah kerana alamat harta tanah tidak dapat digunakan untuk melakukan urusan carian tanah atau menggunakan nama seseorang dan No. Kad Pengenalan untuk mencari harta tanah yang didaftarkan ke atas individu tersebut.

 

Di manakah anda boleh mendapatkan nombor hakmilik yang lengkap: -

  • Geran hakmilik individu atau geran hakmilik strata
  • Cukai tanah (hanya untuk harta tanah bertanah atau harta tanah strata negeri Selangor)
  • Surat Perjanjian Jual Beli (nombor hakmilik lengkap mungkin tidak sah sekiranya harta tanah itu diperoleh bertahun-tahun sebelumnya, oleh itu adalah yang terbaik untuk memeriksa dengan Pemaju atau pengurusan bangunan)