Jenis-Jenis Carian Tanah di Malaysia

Terdapat 3 Jenis Carian Tanah:

1) Carian persendirian

2) Carian rasmi

3) Salinan diakui sah atau dikenali CTC [ Certified True Copy ]


Apakah itu Carian Persendirian?

Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak pejabat tanah negeri masing-masing dengan memberikan maklumat mengenai harta tanah seperti berikut:

  • nombor hakmilik yang lengkap
  • Taraf pegangan harta tanah (tanah pegangan bebas atau pegangan pajakan )
  • Tempoh pajakan atay Tarikh Lupur Pajakan (jika ia adalah pajakan)
  • Pemilikan tanah yang berdaftar
  • Kawasan rizab (jika berkenaan)
  • Tanggungan dan endorsan-endorsan lain
  • Tanggungan dan endorsan-endorsan lain yang tidak berkuatkuasa
  • Urusan-urusan dalam Perserahan yang belum didaftar
  • nombor hakmilik yang terdahulu
  • Pindaan cukai tanah

 

Apakah itu Carian Rasmi?

Satu salinan dokumen yang ditandatangani dan dimeterai oleh pejabat tanah di halaman terakhir digunakan sebagai sebahagian daripada  dokumen sokongan untuk urusan mengandungi maklumat harta tanah seperti berikut:-

  • nombor hakmilik yang lengkap
  • Taraf pegangan harta tanah (tanah pegangan bebas atau pegangan pajakan )
  • Tempoh pajakan (jika ia adalah pajakan)
  • Pemilikan tanah yang berdaftar
  • Kawasan rizab (jika berkenaan)
  • Tanggungan dan endorsan-endorsan lain
  • Tanggungan dan endorsan-endorsan lain yang tidak berkuatkuasa
  • Urusan-urusan dalam Perserahan yang belum didaftar
  • nombor hakmilik yang terdahulu
  • Pindaan cukai tanah

 

Apakah itu Salinan diakui sah atau dikenali CTC [ Certified True Copy ] ?

Salinan sah Hakmilik / Geran yang diperakui dan ditandatangani oleh pejabat tanah. Tidak boleh digunakan sebagai pengganti geran asal untuk tujuan perserahan. (Salinan pelan tanah akan disertakan bergantung pada ketersediaan oleh pejabat tanah)