Soalan Lazim Carian Tanah (FAQ for Land Search)

Soalan Lazim Carian Tanah 

 

1. Apakah itu Carian Tanah?

  • Carian Tanah mengandungi maklumat penting mengenai harta tanah yang boleh diperoleh melalui pejabat tanah di seluruh Malaysia. Maklumat seperti pemilik berdaftar, sama ada harta tanah tersebut mempunyai sekatan-sekatan penting sangat membantu untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk memperoleh harta tanah atau tanah tersebut terutamanya semasa melakukan Pengisytiharan Jualan.
  • Buat carian tanah secara online sekarang!

 

2. Apakah itu carian persendirian atau carian rasmi?

  • Carian Persendirian
    • Carian Persendirian adalah dokumen yang dikeluarkan oleh pihak pejabat tanah negeri masing-masing dengan memberikan maklumat mengenai harta tanah
  • Carian Rasmi
    • Carian Rasmi adalah satu salinan dokumen yang mempunyai cop pengesahan daripada Pegawai Pentadbir Pejabat Tanah untuk urusan rasmi mengenai harta tanah.
  • Informasi dalam carian persendirian dan carian rasmi merangkumi seperti berikut
    • Taraf pegangan harta tanah, sama ada tanah pegangan selama-lamanya atau pajakan
    • Sama ada harta tanah simpanan hak milik Melayu.
    • Sebarang sekatan-sekatan penting.
    • Keluasan tanah.
    • Pemilikan tanah yang terkini berdaftar.
    • Tanggungan dan endorsan-endorsan lain.
  • Buat carian tanah secara online sekarang!

 

3. Apakah perbezaan carian persendirian  dengan carian rasmi?

 

4. Saya nak buat carian tanah, kena pilih carian persendirian atau carian rasmi?

 

5. Bagaimana cara-cara untuk membuat carian tanah?

Ada 2 cara anda boleh buat carian persendirian atau carian rasmi

  • Cara 1 :
    • Anda boleh membuat permohonan carian tanah di Pejabat Tanah bergantung kepada pengeluaran hakmilik hartanah tersebut. Di sesetengah pejabat tanah, anda perlu beratur dan pejabat tanah hanya akan membuat kaunter dalam hari dan masa yang tertentu, ia akan memerlukan anda untuk tunggu masa yang lama hanya dengan membuat carian tanah. Tidak dilupakan jika system mereka tergendala, anda juga tidak boleh membuat carian tanah pada hari tersebut.
  • Cara 2 :
    • EasyLaw menawarkan perkhidmatan carian tanah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda tidak perlu pergi ke pejabat tanah. Anda hanya perlu membuat carian tanah atas talian dan kami akan memberikan carian tanah tersebut melalui emel. Carian Tanah Yang Cepat, Senang & Mudah dengan EasyLaw. 
  • Buat carian tanah secara online sekarang!

 

6. Berapakah bayaran untuk membuat carian tanah

 

7. Dimanakah saya boleh mendapatkan nombor geran?

  • Anda boleh mendapatkan nombor geran tersebut di:
    • Geran hakmilik individu atau geran hakmilik strata
    • Cukai tanah 
    • Surat Perjanjian Jual Beli (nombor hakmilik lengkap mungkin tidak sah sekiranya harta tanah itu diperoleh bertahun-tahun sebelumnya, oleh itu adalah yang terbaik untuk memeriksa dengan Pemaju atau pengurusan bangunan)
  • Buat carian tanah secara online sekarang!

 

8. Maklumat apa yang diperlukan untuk membuat carian tanah?

 

9. Bagaimana untuk membuat carian tanah di Sabah dan Sarawak?

Butiran untuk membuat carian tanah di Sabah dan Sarawak ada sedikit berbeza. 

  • Untuk carian tanah negeri Sabah, anda memerlukan:
    • Jenis-jenis Hakmilik
    • Nombor Hakmilik
    • Daerah
  • Untuk carian tanah negeri Sarawak pula, anda memerlukan:
    • Daerah 
    • Lot Nombor
    • Blok Nombor
  • Buat carian tanah secara online sekarang!

 

10. Berapa lama masa yang diperlukan untuk carian tanah saya siap

  • Carian Persendirian: 1 ke 3 hari bekerja
  • Carian rasmi: 7 ke 14 hari bekerja 
  • Salinan Sah Hakmilik: 7 ke 14 hari bekerja
  • Negeri Johor : 1 bulan dan keatas

Untuk maklumat lanjut anda boleh klik link dibawah:

 

11. Macam mana nak cari nama pemilik tanah

 

12. Bolehkah carian tanah dibuat dengan menggunakan nama dan nombor IC?

  • Maaf, carian tanah tidak dapat dilakukan dengan menggunakan IC dan nama pemilik. Pejabat tanah memerlukan maklumat geran yang lengkap
  • Kami perlukan maklumat berikut untuk membuat carian tanah:
    • Jenis Hakmilik
    • Nombor Hakmilik
    • Nombor lot
    • Mukim/Bandar/Pekan
    • Daerah
    • Negeri

 

13. Macam mana nak kira harga untuk carian tanah

 

14. Adakah saya akan dapat soft copy atau hard copy sahaja

  • Untuk carian persendirian, anda hanya akan dapat softcopy sahaja. Namun begitu, anda masih boleh request pada kami sekiranya akan inginkan hardcopy carian tersebut. Caj tambahan sebanyak RM20 akan dikenakan untuk charge courier 
  • Sekiranya anda ingin membuat carian rasmi atau salinan sah hakmilik, anda akan mendapat soft copy dan juga hard copy. Kami akan menghantar hard copy tersebut kepada anda. Tiada caj tambahan untuk courier bagi carian rasmi dan salinan sah hakmilik.

 

15. Saya nak mencari tanah kosong yang available di sesebuah negeri

  • Maaf, kami tidak melakukan servis mencari tanah yang kosong untuk dibeli. Carian tanah yang dimaksudkan ialah pembelian sijil carian daripada pejabat tanah berdasarkan informasi daripada geran.

 

16. Adakah saya boleh menggunakan maklumat di dalam cukai taksiran untuk menghantar carian tanah

  • Untuk pengetahuan anda, hanya cukai tanah sahaja yang boleh digunakan untuk membuat semakan maklumat lengkap geran. Hal ini kerana, cukai tanah dikeluarkan oleh pejabat tanah manakal cukai taksiran ialah dari majlis perbandaran. 

 

17. Bolehkah saya membuat carian lot sebelah menggunakan nombor hakmilik lot saya atau dengan menggunakan alamat sahaja

  • Maaf, anda tidak boleh melakukan carian lot lain dengan menggunakan maklumat geran anda. Hal ini kerana, setiap nombor lot adalah unik dimana setiap lot akan mempunyai nombor hakmilik tersendiri. 
  • Kami mempunyai perkhidmatan lain iaitu Pencarian Maklumat Hakmilik yang membolehkan kami mendapatkan maklumat lengkap gerna seperti nombor hakmilik daripada alamat dan lokasi pin Google
  • Maklumat ini, boleh digunakan untuk membuat carian tanah. Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh mengisi borang ini
  • sila isikan maklumat berikut

 

18. Bolehkah saya whatsapp sahaja geran saya kepada EasyLaw tanpa perlu mendaftar akaun?

  • Maaf, setiap carian tanah perlu dilakukan di website kami sahaja. Hal ini kerana, kami memerlukan rekod untuk setiap transaksi dan order yang dibuat oleh anda

 

19. Boleh ke saya guna nombor PA saya untuk nombor hakmilik

  • Maaf, nombor pelan akui (PA) tidak boleh digunakan untuk menggantikan nombor hakmilik. Ianya merupakan 2 nombor yang berbeza.

 

20. Adakah saya akan dapat nombor telefon pemilik dalam carian tanah

  • Anda tidak akan mendapat nombor telefon pemilik dalam carian tanah. Hanya nama, alamat yang berdaftar dan nombor IC sahaja yang akan tertera didalam carian tanah.
  • Namun begitu, kami boleh merujuk anda kepada seseorang yang mungkin boleh membantu. Perlu diingat bahawa kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu tersebut, tetapi kami boleh memudahkan urusan anda dengan menyampaikan maklumat anda kepada mereka untuk dihubungi.

 

21. Macam mana nak tahu alamat property dari maklumat geran?

  • Sekiranya anda mempunya maklumat geran dan ingin mencari alamat hakmilik tersebut, anda boleh klik link disini dan menghantar borang kepada kami. Agen yang bertugas akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut
  • Ingin tahu lebih lanjut

 

22. Apakah perbezaan untuk carian basic dan advance di Johor?

  • Untuk Johor, terdapat 2 jenis carian tanah:
    • Carian Tanah Basic: Mengandungi maklumat yang terkini dan masih berkuat kuasa sahaja.
    • Carian Tanah Advance: Mengandungi semua maklumat yang terkini dan masih berkuatkuasa dan juga maklumat yang tidak berkuatkuasa lagi, serta nama semua pemilik yang pernah memiliki tanah tersebut.

 

23. Bagaimana untuk dapatkan salinan dokumen dari Pejabat Tanah?

  • Kami mempunyai servis untuk mendapatkan salinan dokumen dari pejabat tanah seperti Borang 19B Kaveat, Borang 16A Gadaian, Borang B2 Pelan Tanah, Borang 14A Pindahmilik dan apa apa dokumen lain tetapi dokumen tersebut mestilah dari pejabat tanah sahaja.
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan salinan sah dokumen tersebut, anda boleh klik pada link dibawah:
  • Kami hanya memerlukan nombor perserahan dan maklumat lengkap geran sahaja.

 

24. Bagaimana nak melakukan carian tanah sekiranya saya mempunyai alamat sahaja?

  • Pejabat tanah memerlukan maklumat geran yang lengkap seperti di bawah untuk melakukan carian tanah:
    • Jenis Tajuk
    • Nombor Tajuk
    • Nombor Lot
    • Mukim/Bandar/Pekan
    • Daerah
    • Negeri
  • Namun, kami mempunyai perkhidmatan lain iaitu Mendapatkan Maklumat Lengkap Geran yang akan membantu anda mendapatkan semua maklumat diperlukan untuk membuat carian tanah. 
  • Perkhidmatan ini dikenakan bayaran minimum RM200 bagi setiap lot dan akan mengambil masa 2-3 minggu. Jika berjaya, anda boleh melakukan carian tanah menggunakan maklumat yang diperoleh.
  • Walau bagaimanapun, sila maklum bahawa perkhidmatan ini tidak boleh dilakukan untuk harta strata dan bergantung pada sama ada pegawai yang bertanggungjawab dalam pemeriksaan awal boleh meneruskan atau tidak.
  • Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh mengemukakan permohonan anda di sini: