Carian Salinan Sah Hakmilik
Apa itu Carian Salinan Sah Hakmilik?
Salinan sah hakmilik, juga dikenali sebagai salinan sah geran, ialah dokumen rasmi yang merupakan salinan kepada geran asal. Dokumen ini ditandatangani oleh pentadbir pejabat tanah dan dicop bagi mengesahkan kesahihannya. Pejabat tanah kebiasaannya menyimpan geran asal dan menyediakan salinan untuk hak milik berkenaan. Oleh itu, segala kandungan di dalam salinan sah hakmilik adalah sama dengan geran asal. Perbezaan utama antara salinan sah hakmilik dan carian tanah adalah bahawa salinan sah hakmilik turut disertakan dengan salinan pelan tanah sepeti yang terdapat dalam geran asal, tetapi ianya bergantung pada rekod simpanan pejabat tanah.
Salinan sah hakmilik lazimnya diperlukan untuk urusan rasmi seperti di mahkamah, bank, dan lain-lain institusi. Selain itu, ia juga diperlukan jika berlaku kehilangan atau kerosakan pada geran asal. Beberapa pemilik tanah mungkin tidak dapat menggunakan geran mereka bagi tujuan urusan rasmi disebabkan oleh kerosakan atau kehilangan geran akibat bencana seperti banjir atau kerana usia geran yang terlalu lama. Dalam situasi seperti ini, pemilik tanah boleh memohon salinan sah hak milik bagi meneruskan urusan rasmi yang berkaitan. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa salinan sah hakmilik tidak dapat menggantikan geran asal kerana ia hanya merupakan salinan dokumen tersebut.
Maklumat yang diperlukan untuk membuat carian Salinan Sah Hakmilik
Berikut merupakan maklumat yang diperlukan untuk membuat carian salinan sah hakmilik. Maklumat ini boleh diperoleh daripada:
Maklumat yang diperlukan:
(Strata)
(Landed)
Tempoh masa carian salinan sah hakmilik
Dengan EasyLaw, biasanya carian salinan sah hakmilik memerlukan masa 7-14 hari bekerja untuk disiapkan. Walau bagaimanapun, di beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur, proses mendapatkan dokumen salinan sah hakmilik boleh diselesaikan dengan lebih cepat. Namun begitu, Untuk negeri Johor sahaja, carian salinan sah hakmilik akan mengambil masa sekurang kurangnya 1 bulan.
Bagaimanakah cara untuk membeli salinan sah hakmilik
Anda boleh membuat permohonan secara langsung di kaunter pejabat tanah atau menggunakan perkhidmatan atas talian seperti perkhidmatan EasyLaw. Jika anda memilih untuk menggunakan EasyLaw, anda hanya perlu mengunjungi laman web EasyLaw, mengisi maklumat yang diperlukan, dan EasyLaw akan menguruskan keseluruhan proses untuk anda. Ini bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga anda, tetapi juga memastikan anda mendapatkan salinan sah hakmilik dengan harga yang berpatutan tanpa perlu ke pejabat tanah secara fizikal. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa salinan sah hakmilik tidak dapat menggantikan geran asal kerana ia hanya merupakan salinan dokumen tersebut.
Anda boleh tekan butang dibawah untuk melakukan carian salinan sah hakmilik bersama EasyLaw: